Saturday, December 7, 2013

Anugerah

Hidup ini anugerah
tanpa dipinta
tanpa ditanya

lahirnya juga berbeza warna
berlainan rupa
juga sifatnya

ramai gembira
namun ada yg muram
kerana anugerah yg berbeza

percayalah
setiap pemberian ada hikmahnya
kerana dirimu  yg istimewa

~pekja~
8/12/13

Thursday, November 7, 2013





ada tikanya
tidak memiliki adalah   kebaikan buatmu
jika ianya menginsafkan diri
sentiasa bersyukur pada Illahi
menganggap ianya ujian diri
untuk menilai keimanan hati

ada tikanya
tidak memiliki bisa diri menjadi kufur
hilang segala hati yang luhur
pernah terlahir namun terkubur
sesalan dan ungkitan menjadi subur
menyalahkan takdir impiannya yg lebur

ada tikanya
kemewahan itu satu kebaikan buatmu
andai  yang daif dibantu tanpa jemu
si yatim piatu diberinya ilmu
haji dan umrah pastinya tentu
solat yg cukup tak kira waktu

alangkah malangnya
jika kemewahan itu disalah erti
ego diri semakin tinggi
mengharapkan pujian dari mereka yang memerhati
si fakir dikutuk dicaci bila dihampiri
tiada belas rasa simpati

syukurlah
aku pernah merasa
ketika memiliki hingga hilang segala
mujur sentiasa ada yang berkongsi rasa
meringankan beban walau tanpa dipinta
nikmatnya tetap ada walaupun kemewahan tiada

Wednesday, November 6, 2013



andai itu jalan yg kau pilih
aku hormati dgn hati yg sedih
tiap cabaran pastinya pedih
bisa hati jadi merintih

aku mungkin tidak mengerti
tiap dugaan yg kau lalui
tapi itu lumrah duniawi
kita diuji dr Illahi

bulat sudah kata hatimu
membawa luka yg sering bertamu
padaku kau masih ada ruang dan waktu
untuk mengubah nasib kisahmu

ingatlah teman, kita ini masih di sini
di dunia yg bukan abadi
dugaan tetap datang dan pergi
nikmat jua dugaan Illahi

jgn terikut kehendak hati
yg sering mengawal emosi diri
gunalah akal yg telah diberi
tujuan hidup di dunia ini

jangan hidup mengguna simpati
hanya utk kesenangan diri
takkan kekal nikmatnya nanti
bisa rosak jiwa sendiri

hanya itu yg dpt ku beri
sebuah pandangan yg kurang berisi
nasihat itu terlalu tinggi
kerana nekadmu bersarang di hati 

Monday, March 18, 2013

Nostalgia



Dulu
aku pernah dilukai
aku pernah disakiti
aku pernah dikasari
walaupun aku mengabdikan diri

Dulu
aku sering dimarahi
aku sering dicemburui
aku sering dituduhi
kerana jujur diri

Biar pun cinta semakin menghilang
sayang semakin menghakis
rindu semakin terkikis
andai rasa hormat masih ada
ku gagahi jua
walau hati semakin terhiris

Namun sabar ada tempatnya

Andai diri sudah tiada nilai baginya
aku rela pergi 
dari menjadi lilin yg membakar diri
yg tiada memberi erti

Ku tiupkan api lilin
agar padam 
gelap
hilang


Cinta...?




Dulu
aku tidak mempercayai cinta
kerana cinta akan datang dan pergi
kerana cinta tidak menguntungkan diri
kerana cinta  membinasakan diri

Dulu
aku selalu menolak cinta pergi
kerana aku tak mahu diri jadi lemah
kerana aku tak mahu diri mengemis kasih
kerana aku tak mahu diri  jadi perindu

Dulu
aku tidak menghargai cinta
kerana bagiku cinta membawa derita
kerana bagiku cinta tak kekal lama
kerana bagiku cinta menjeruk rasa
.
Dan kerana itu.....
aku selalu padamkan api cinta yg mula menyala
aku selalu menghambat rindu yg mula terasa
aku selalu menutup hati yg mula yg terbuka
kerana aku takut jatuh cinta yg  mungkin buat aku kecewa



Friday, December 30, 2011

Hadirku
bukan untuk melukakan
bukan untuk menghancurkan
bukan untuk membinasakan

Hadirku
hanya ingin bersama kalian
membina sebuah kebahagiaan
melengkapkan sebuah kehidupan

Hadirku
bukan sebagai saingan
bukan sebagai ancaman
yang perlu kau risaukan

Hadirku
tak perlu kau cemburu
kerana kasih tetap begitu
kekal seperti dulu...

Wednesday, November 9, 2011



bagaimana hendak ku jelaskan
pada mereka yang tidak memahami
apa keinginan di hati
apa kemahuan diri

bahagia yang mula datang
mahu dihambat pergi
kerana mereka enggan mengerti
apa yang bersarang di hati

biarlah aku bebas memilih
jalan kehidupanku
yg penuh berliku
kerana yg merasa
aku
yg binasa
aku
yang bahagia
aku


biarlah aku dengan duniaku.....