Saturday, January 9, 2010

andai itu takdirnya...


Andai itu takdirnya..usah disesali kerana aku menerima dengan hati yang rela.  Usah simpati pada hati yang terluka, kerna ia melemahkan semangat yang ada.  Duka akan tetap ada kerana kasih menyimpul rasa. Kerana hadirnya buat aku bahagia. 

Jujurnya memang hati amat terluka, tapi akal  dapat menerima dengan takdir yang menimpa.   Memahami keadaan yang  memisahkan kita.  Yang sering menduga kekuatan jiwa. 

Bukan aku mengalah dengan nasib yang menimpa.  Dan juga bukan kerana lemahnya cinta.  Tapi  biarlah aku berkorban rasa.  Agar ada nasib yang terbela.  Agar ada nasib yang tidak teraniaya dalam kemelut yang mengundang hiba.  Kerana aku masih kuat untuk menghadapinya.

Padamkan terus cinta yang masih menyala.  Agar kau bisa tenang bersamanya.  Biar berkubur segala rasa dan aku tidak akan menyalahkan sesiapa.

Andai itu takdirnya...leraikan segala kasih yang ada...