Tuesday, October 18, 2011

Keliru

Bertahun hati ini menyendiri....tenang tanpa kehadiran seorang lelaki...bukan tiada yang mencuba, bukan tiada yang meminta...tapi hati bagaikan tertutup rapi..


Biar ada yang merayu....biar ada yg menyeru...hati bagaikan keras membatu..


Tidak terlintas di hati untuk mencari pengganti...kerana masa tiada terluang untuk diri...Atau mungkinkah kerana diri terlalu berhati-hati..dengan insan bernama lelaki..


Hati sedikit terusik dengan kehadiran seorang teman...biarpun tak pernah bersua....biarpun tanpa suara... Hati ,mula tertarik hanya pada tulisannya...sedangkan dia sendiri tidak mengenali aku...

Seketika aku melupakan apa yang terdetik di hati..kerana mungkin aku cuma meminati nukilan hati..Hingga suatu saat dia menyapa ku...kami mula berbicara mengembangkan ilmu...Namun ketika itu perasaan aneh bertandang kembali..Aku jadi makin keliru...

Hati berdebar setiap masa...bagaikan menunggu pecah di dada..Sentiasa menunggu kemunculannya..biarpun hanya seketika...

Apakah hati terbuka kembali...untuk menerima kehadiran lelaki..sedangkan aku tidak pasti..apa yang bersarang di hati empunya diri...

Perlukah aku padamkan..api yang mula menyala...kerana ada masanya hati bagaikan meronta...untuk memberi peluang buat dirinya...


No comments:

Post a Comment