Tuesday, November 17, 2009

buat seorang teman....


Teman...andai kau terasa aku menyepi dari dirimu..maafkan aku..bukan niatku...adakalanya aku terasa malu..malu untuk berhadapan denganmu..adakalanya aku takut...takut jika kau terus berharap..takut jika kau terluka..sedangkan kau tahu..situasiku yang tidak menentu...

Pernah terlintas di fikiranku..sampai bila harus ku biarkan dirimu...sedangkan kau masih di situ ...tanpa berlalu..dan masih membantuku ..tanpa pintaku...tanpa sedarku...kejamkah aku...membiarkanmu..

Insan lain pernah menggesa...agar aku mencuba...buka ruang hatiku untukmu..cuba untuk menerima kamu...dan aku pernah mencuba...tapi aku tidak terdaya...terlalu rapat hatiku..terlalu utuh dan kaku...mungkin..tiada lagi rasa cinta...yang pernah hadir seketika..dan cinta itu telah pergi dan aku pasti..ia tidak akan kembali..kerana cinta itu hanya untuk Penciptaku...dan yang hadir hanya rasa kasih...dan kasih itu telah ku abadikan..pada mereka yang lebih memerlukan..yang bergelar  anak-anak...

Kini..aku tidak pasti apa yang tinggal...untuk seorang lelaki...kerana aku tidak mengharapkan kehadirannya dalam kehidupanku...kerana aku terbiasa sendiri...dan aku mengerti...kehidupanku sentiasa terisi dengan setiap duri ...dengan setiap kerikil yang sentiasa setia bersamaku..dan kerana itu...aku pasti tidak dapat membahagiakanmu teman...aku pasti menambah derita dalam lukamu...aku pasti menambahkan beban di bahumu...dan aku pasti menambahkan pedih di hatimu...

Dan kerana itu teman..aku tidak mampu untuk menerima kasihmu...aku tidak mampu untuk membuka ruang hatiku..aku tidak mampu memenuhi impianmu...kerana aku tahu batas diriku...aku tahu kemampuanku..aku masih tidak mampu...maafkan aku teman...kerana menghampakanmu...


2 comments:

  1. perlunya seseorang yang boleh berkata-kata supaya boleh dipujuk dengan kata-kata lembut indah... Adakala pergi tapi tetap pulang , adakalanya pulang bawa benda LALU tapi tetap segar , romantisnya seperti membawa pulang mawar yang dipetik segar

    ReplyDelete
  2. sungguh aku tak reti berpuitis.. cesss

    ReplyDelete